Sunday, March 2, 2014

Cara Membaca Kelikatan Minyak Hitam Anda

Minyak Pelincir SAE 15W - 50...?

15W = Tahap minimum kelikatan (viscosity) minyak sebelum enjin dihidupkan. Ia juga dipengaruhi oleh suhu persekitaranDalam keadaan suhu di Malaysia, pada tahap 15W sudah mencukupi.

50 = Tahap maksimum kelikatan (viscosity) minyak ketika enjin beroperasi sepenuhnya atau pada suhu 100°C (grad pada suhu ketika ujian kelikatan minyak).

* Untuk makluman, nilai viscosity kurang drpd 10W adalah tidak sesuai untuk cuaca di Malaysia..10W hingga 0W hanya sesuai untuk negara beriklim sejuk..

Gambarajah di sebelah hanya menunjukkan secara kasar kaitan antara grad minyak dan suhu.

Apa beza 10W - 40 dengan 15W - 40..?

Ketika enjin beroperasi sepenuhnya kelikatan minyak 10W - 40 dan 15W - 40 adalah sama. Perbezaan hanya pada ketika enjin mula dihidupkan atau berkeadaan sejuk. 10W lebih effisen berbanding 15W jika suhu lebih sejuk dan sesuai untuk enjin mula beroperasi Pada suhu tersebut.

Umumnya 15W adalah memadai bagi keadaan cuaca di Malaysia melainkan anda menyimpan kenderaan anda di dalam peti sejuk.

No comments:

Post a Comment